Monday, October 23, 2006
[+/-] |
SelamaT MeyamBut HaRi rAya AidilFiTri |
Saturday, October 14, 2006
[+/-] |
Tarian Sewang |
Adakah anda tahu apakah itu Tarian Sewang?
Tarian Sewang adalah satu tradisi masyarakat Orang Asli daripada nenek moyang sehingga zaman sekarang.Bagaikan tidak lupuk di telan zaman.Tradisi terun temurun ni digunakan bagi tujuan meraikan majlis2 menyambut tetamu ataupun perayaan.Tarian ni diikuti dengan lagu suku kaum itu sendiri.Untuk pengetahuan semua..terdapat 18 suku kaum org asli di Malaysia(akan dtg diterangkan)....tungggu kalu ingin tahu..
Salah satu lagu tarian sewang adalah Bunga Alam...dr suku kaum termiar...
Alat yang digunakan adalah keratan buluh n juga kayu bulat sepanjang sepuluh kaki panjangnya.Buluh dimainkan oleh 8 orang pengetuk.Ketukan akan membawa irama sewang itu..
seramai 10 orang gadis comel akan mengayakan tarian tersebut...tarian ini akan diketuai oleh sorang tukang karut...
ITULAH DIA TARIAN SEWANG...TRADISI MASYARAKAT ORANG ASLI
Wednesday, October 04, 2006
[+/-] |
Hujan Yg Turun |
Hujan Yang turun bagaikan rahmat dari Allahi...
Ada yang marah jika Hujan..Ada yang merahmati Ketika Hujan..Ada yang sedih ketika Hujan..Ada yang gembira Ketika Hujan.
Begitulah tradisi manusia yang pelbagai kerenah...Tapi itulah kitaran Hujan...sebagai proses semulajadi yang menceriakan seluruh makhluk di bumi ini..Tanpa kita sedarinya ia Hujan.Mengingatkan diriku pada lagu Hujan nyanyian Arwah Sudirman."Hujan yang turun bagaikan mutiara", begitulah ungkapan romantisnya cetusan Hujan.
kawan hargailah Hujan...
Sesungguh Hujan membawa keberkatkan dalam kehidupan kita..Sesungguhnya Allah menurunkan Hujan sebagai rahmat dan nikmat.Air hujan yang turun mengalir ke sungai, sungai mengalirkan air yang jernih....dan sehinggalah sampai pada makhluk di muka bumi untuk santapan zahir....
Keheningan petang ni membawa diriku Dalam pautan hujan yang lebat.Mataku menatap titisan air yang sejuk bagai seribu persoalan yang sedang ku fikirkan.Ada ketika ni aku kenangkan masa kanak2.time ni lah ku mandi hujan n main lumba daun yang mesusuri longkang rumah ku bersama adik2 n kekawan..Tapi masa itu telah berlalu...
Kini hujan menjadikan diriku lebih menghargainya......
kesyukuran ku panjatkan kepada yang Esa pada Ramadhan yang ke 11 ni..Alhamdulillah.
Tuesday, October 03, 2006
[+/-] |
::Nyek Yg Luyek (aku dah pening) :: |
Assalamualaikum kekawan
Syukur alhamdulillah dengan kehendak Allah, kiter dapat menikmat lagi hari ni..sebelum di bangkitkan semua pada keesokkan harinya..InsyAllah..Semoga di Bulan Ramadhan yang mulia ni kiter dapat menikmati rahmat yg berlipat ganda amin...
Dengan ini, aku nak merasmikan Blog aku sendiri...nickruz-luyek.Dah in the web now..hope u enjoy..Thank to my frenz delang..kenalkan aku blog ni...
nickruz ---> my indentiti
luyek ---> pening(bahasa org asli temiar)
Wassalam..
Salam Ramadhan