Sunday, February 18, 2007

Soalan-soalan yang lazimnya ditanya semasa temuduga

Kenapa anda memilih untuk bekerja dengan syarikat kami? Saya selalunya berniat untuk berkhidmat dengan sebuah syarikat yang saya ketahui dan produknya yang saya telah gunakan dan yang saya percayai. · Kenapa anda mahu bekerja di sini? Buat kajian mengenai organisasi berkenaan . Berikan satu atau dua sebab mengapa anda berminat. Reputasi syarikat dan keinginan anda untuk melibatkan diri dalam bidang tertentu yang anda minati boleh menjadi sebab-sebab yang kukuh. · Berikan sedikit latar belakang tentang anda? Jangan mengulang apa yang dinyatakan dalam resume anda

Jelaskan sesuatu kemahiran atau bakat yang anda miliki dengan memberi contoh spesifik bagaimana anda menggunakannya pada masa lampau. · Kenapa anda mahu meninggalkan kerja sekarang? Anda harus memberi dua atau tiga sebab untuknya. Ketiadaan cabaran, kesekatan kerja,dll. Terangkan cita-cita anda untuk membuktikan nilai anda dengan penuh keyakinan. · Bagaimana anda menangani tekanan jiwa dalam kerja harian anda? Anda boleh menggambarkan sesuatu situasi di mana anda telah berjaya dalam menguruskan tekanan dalam kerja sebelumnya atau bagaiman anda bolh mencari masa dalam jadual kerja yang sibuk bagi bersantai sedikit. · Bagaimana anda menguruskan kerja untuk menepati tarikh akhir ? Terangkan secara terperinci strategi anda untuk merancang , menetapkan keutamaan, menentukan jadual dan bagaiman anda menyusul dan memantau kemajuan bagi memenuhi keperluan. · Apakah gaji anda sekarang? Jangan berbohong. Beri jawapan yang spesifik. Jangan teragak-agak untuk memberitahu tentang kemudahan yand anda diberi pada masa kini. .Anda akan dikehendaki menunjukkan bukti dan oleh itu anda perlu jujur dalam jawapan anda. · Adakah anda sanggup menerima pertukaran ke mana- mana tempat? · Bolehkah kami menghubungi referi anda ? Jika anda telah memberi boss sekarang sebagai rujukan, anda boleh meminta supaya beliau dihubungi setelah anda diberi tawaran jawatan baru kerana boss anda mungkin tidak suka melihat anda menukar kerja.

No comments: