Wednesday, December 20, 2006

Banjir

Banjir

Sudah Musim banjir dihujung tahun ini.Adakah kawasan anda dilanda banjir.Jika ya apakah langkah yang anda perlu jaga.Lihatlah sekeliling anda dan pastikan orang yang tersayang bersama anda ketika banjir ini.Hujan oh Hujan...tak berhenti mencurahkan air sehingga melinmpah membanjiri bumi..Pastikan anda bersedia ketika banjir yang penting adalah moral anda dalam menghadapi banjir..hrap bersabar banjir adalah seketika..rahmat Tuhan...


SEBELUM BANJIR

Dapatkan maklumat banjir ditempat anda.
Pastikan sistem amaran banjir yang ada.
Periksa longkang supaya tidak tersekat.
Periksa saluran najis dan pastikan ia tertutup rapat.
Dapatkan maklumat pusat pemindahan dan pusat bantuan bencana.

Apabila Banjir Akan Berlaku
Buka radio untuk pengumuman
Bawa masuk perabot atau perkakasan di luar rumah.
Letakkan peralatan elektrik di tempat yang tinggi.
Isikan tong-tong yang elok dengan air bersih dan letakkan di tempat tinggi.
Letakkan dokumen penting dalam bekas kalis air dan bersedia untuk dibawa.
Bersedia untuk menutup suis elektrik, injap utama bekalan air dan gas.
Beritahu jiran anda dan bersedia untuk berpindah.

SEMASA BANJIR

Di dalam rumah
Dengar pengumuman radio.
Bersedia dengan peralatan kecemasan.
Jika diarahkan pihak berkuasa keluar dan berpindah segera dilakukan.

Di luar rumah
Pergi ke tempat yang tinggi dan selamat jauh dari kawasan lapang, sungai dan longkang.
Jangan bersiar- siar di kawasan banjir, berjalan atau dengan sampan.
Jangan setuh mana - mana kabel atau wayar yang jatuh
Awasi kanak-kanak dari bermain di kawasan banjir, sungai, longkang atau lombong.
Jangan minum air banjir.

Di dalam kenderaan
Jangan terus mengharungi kawasan banjir, berpatah balik.
Jika kenderaan anda terhenti dan gagal dihidupkan keluar, kunci dan pergi ke tempat yang selamat.

Semasa Pemindahan
Berpindah segera apabila diarahkan.
Berpindah awal sebelum air banjir meningkat atau semasa siang hari, ianya lebih mudah dan selamat.
Ikut laluan yang ditentukan, laluan singkat mungkin terhalang atau merbahaya.


SELEPAS BANJIR

Dengar pengumuman radio atau tunggu arahan pihak berkuasa, jangan kembali ke rumah sebelum dibenarkan.
Beri bantuan kepada jiran anda atau golongan kurang upaya dan istimewa.
Periksa rumah anda dan lihat tanda - tanda rekahan atau mendapan ianya mungkin merbahaya.
Jangan terus memasuki rumah yang masih dibanjiri air, berhati - hati terhadap bahaya - bahaya yang tersembunyi.

Semasa memasuki rumah
Pakai kasut atau selipar
Periksa kerosakan dinding, lantai, pintu dan tingkap.
Perhatikan siling rumah dan plaster dinding yang mungkin rekah, lerai dan jatuh.
Periksa tanda - tanda kehadiran binatang berbisa dan merbahaya.
Alihkan halangan yang bersepah dengan kayu.

Periksa Ancaman Bahaya
Periksa paip saluran air atau gas yang mungkin pecah atau bocor.
Periksa kehadiran bahan - bahan mudah terbakar yang mungkin mengalir masuk (Minyak tanah, petrol, disel dan sebagainya.)
Buang bahan- bahan makanan yang terendam atau terkena air banjir termasuklah makanan dalam tin
Periksa sebarang kerosakan tangki septik untuk elakkan bahaya biologikal.
Laporkan segera kerosakan kemudahan awam(Bekalan air, gas dan elektrik) kepada pihak berkuasa.

No comments: