Tuesday, December 19, 2006

Edisi Kejayaan

Assalamualaikum kekawan..inilah rahsia n kata2 org yg telah berjaya..bacalah dan pelajari segala ilmu yang berguna..semoga anda berjaya seperti Irfan Bakti(Jutawan Internet)..aku kagum dengan mamat ini..ops siap beli buku dia lagi:)
Tetapkan matlamat anda di tahun 2007

====================================================
NewsLetter RahsiaInternet.com Disember 2006
====================================================
Edisi Kejayaan
11 Formula Mencapai Apa Sahaja Matlamat 2007 Anda

Oleh: Irfan Khairi
====================================================
http://www.rahsiainternet.com
====================================================

Salam sejahtera Nickruz,

Tidak berapa lama lagi, masuk tahun baru 2007. 2006 amat bermakna
kepada saya oleh kerana kesemua matlamat saya tahun ini telah
tercapai! Bagaimana pula dengan matlamat atau azam tahun 2006 anda?
Harapnya, telah tercapai juga apa sahaja matamat anda. Sekiranya
belum, tidak salah membawanya ke tahun 2007.

Untuk membantu anda mencapai matlamat/azam tahun 2007 anda (sama
ada azam tertunggak atau yang baru), ingin saya kongsikan satu
formula dengan anda: Formula Mencapai Apa Sahaja Matlamat Anda!

Setiap kali saya menetapkan sebarang matlamat, saya akan merujuk
kepada 11 langkah ini untuk memastikan apa sahaj matlamat tercapai.

Kini, anda juga mempunyai "formula kejayaan". Implimentasikannya
kepada matlamat anda, dan saya yakin anda juga akan mencapai
kejayaan dalam apa jua bidang!

Salam hormat dan selamat menyambut tahun baru 2007!

Dr.Irfan Khairi

=============================================
11 Formula Mencapai Apa Sahaja Matlamat Anda!
=============================================

1: KEINGINAN

Pertama sekali di dalam formula kejayaan adalah keinginan. Untuk
mencapai apa jua matlamat yang anda impikan, anda perlu mempunyai
keinginan untuk mencapai matlamat tersebut. Lagi mendalam keinginan
anda, lagi mudah untuk anda mencapai matlamat tersebut.

Keinginan seumpama api yang membakar. Lagi besar api tersebut, lagi
hangat ia akan membakar keinginan jiwa anda dalam mencapai apa jua
cita-cita yang anda letakkan untuk diri anda sendiri.

Punca utama seseorang itu tidak dapat mencapai matlamatnya adalah
takut kepada kegagalan. Sekiranya anda takut kepada kegagalan,
maka, anda tidak akan mengambil langkah pertama untuk mencapai apa
jua matlamat. Keinginan akan membawa anda untuk mengambil langkah
pertama tersebut.

Tanpa keinginan, matlamat tidak akan tercapai.

2: KEYAKINAN

Lagu yang sering bermain di kepala saya sejak dulu sehingga kini
"Jika kau fikirkan kau boleh, kau boleh melakukan. Jika kau
fikirkan ragu-ragu, usaha mu tidak menentu"

Lagu yang popular pada 80-an. Ya, bunyi nya amat cliché, tetapi
lagu yang simple ini mengandungi mesej yang amat besar!

Dalam usaha untuk mencapai apa jua cita-cita anda, anda perlu
mempunyai keyakinan di dalam hati bahawa cita-cita tersebut akan
dicapai! Dengan keyakinan yang tinggi, ia akan menjadi penggerak
kepada anda untuk tidak menoleh kebelakang lagi.

Keyakinan bukan bermaksud untuk menjadi bongkak dan taksub... anda
tidak perlu meyakinkan orang ramai. Anda hanya perlu meyakinkan
diri anda sendiri sahaja. Usah risau dalam meyakinkan orang ramai...
anda perlu tunjuk bahawa cita-cita anda tercapai- itu sahaja yang
akan meyakinkan orang ramai.

Dalam menetapkan matlamat anda, anda perlu realistik. Matlamat yang
realistik akan membantu dan motivasikan anda untuk memberi
keyakinan. Sebagai contoh, matlamat untuk mendapat kenaikan gaji 2
kali ganda dalam masa setahun mungkin tidak realistik. Tetapi,
matlamat untuk menaikkan gaji anda sebanyak 20% dalam masa setahun
adalah lebih realistik!

Matlamat yang tidak realistik hanya akan melemahkan motivasi diri
anda apabila ianya tidak tercapai.

3: TULISKAN MATLAMAT ANDA

Ini AMAT penting. Sejak saya menulis di ruang motivasi MASKULIN
(Majalah terbitan Karangkraf), entah berapa kali saya mengulangi
petua ini. Di dunia, hanya 2% daripada golongan dewasa yang menulis
matlamat mereka tersendiri. Baki 98% yang lain mungkin tidak
mempunyai matlamat hidup, ataupun, sekiranya ada, tidak menulisnya.

Menulis matlamat anda adalah seperti anda membuat perjanjian dengan
diri anda sendiri. Matlamat tersebut akan tersemat di fikiran anda
dan sentiasa mengingati anda secara sedar, ataupun separa-sedar
untuk anda mencapaikannya

Matlamat yang tidak tertulis adalah seumpama angan-angan sahaja.
Apabila anda menulis matlamat anda, ia menjadi sesuatu yang nyata-
boleh di sentuh. Anda telah membawa matlamat di imaginasi kepada
bentuk yang anda dapat mengenggamkannya!


=============================================

Pesanan penaja:

Apa kata mulakan tahun 2007 dengan sebuah perniagaan di Internet?

Workshop Jutawan Internet telah menerima liputan di Warta Perdana,
RTM1 dan juga Channel 8 News, TV8. Bukan lagi rahsia bahawa
Workshop Jutawan Internet adalah seminar pilihan bakal-bakal
usahawan Internet Malaysia.

Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan Internet dan pelajari
cara menjana pendapatan melalui Internet, pelajari dari pakar
perniagaan Internet yang sebenar, Dr. Irfan Khairi!

Tajuk : Workshop Jutawan Internet
Tarikh : Sabtu 23hb Disember 2006
Waktu : 8.45 am - 6.30 pm
Tempat : J.W.Marriott, Kuala Lumpur
Speaker : Dr.Irfan Khairi

Maklumat lanjut dan pendaftaran di
http://www.rahsiainternet.com/workshop (klik di sini)

Pendaftaran telah dibuka, dan kini hanya 4 tempat kosong tinggal!

=============================================


4: SENARAIKAN KEBAIKAN YANG AKAN DIKECAPI

Nickruz, apa yang anda akan dapat sekiranya matlamat anda
tercapai? Senaraikan segala-galanya (sekali lagi,perlu tulis!).
Lagi panjang senarai anda, lagi bagus. Ini adalah kerana anda
menyenaraikan motivasi-motivasi yang akan mebakar semangat anda
untuk terus berusaha dan mencapai kebaikan tersebut.

Manusia adalah insan yang beremosi. Dengan memikirkan kebaikan yang
anda akan kecapi, ia akan memandukan anda ke arah mencapai matlamat
tersebut. Berikan sebab-sebab mengapa anda mahukan matlamat anda
tercapai, apakah pulangan yang anda akan terima, serta bagaimanakah
tahap kepuasan anda sekiranya matlamat itu tercapai- ini akan
menyemarakkan lagi semangat anda untuk mencapaikannya.

5: DI MANA ANDA KINI

Di mana anda berada ketika ini? (bukan di depan PC!). Pada ketika
ini, apakah keadaan anda. Anda perlu ketahui di mana anda berada
kini untuk mencapai matlamat yang anda telah tetapkan.

Pastikan anda ketahui di mana anda berada kini oleh kerana itu
adalah titik permulaan perjalanan anda. Lebih jelas anda dapat
fahami keadaan anda kini, lebih jelas anda dapat melihat jalan ke
arah pencapaian matlamat.

Sebagai contoh, sekiranya anda inginkan bebas kewangan, duduk dan
ambil masa untuk melihat keadaan kewangan anda kini secara jujur.
Sekiranya matlamat anda adalah untuk menurunkan berat badan, anda
perlu ketahui berat badan anda kini sebagai titik permulaan.

6: TETAPKAN DEADLINE

Matlamat tanpa deadline adalah tidak lengkap. Apa jua matlamat yang
ditetapkan, tetapkan sama deadline untuk mencapainya. Bila kah
deadline yang terbaik? 6 bulan? 1 tahun? 3 tahun? 5 tahun? Atau 10
tahun?

Kebanyakan orang tidak mempunyai deadline untuk menetapkan matlamat
oleh kerana takut, matlamat tersebut tidak dapat tercapai sebelum
deadline! Sekiranya tidak tercapai, ia akan mengurangkan motivasi
sendiri... oleh itu, mereka biarkan tarikh untuk mencapai matlamat
tersebut terbuka- bila-bila masa sahaja!

Itu adalah pemikiran yang salah. Dengan menetapkan deadline untuk
matlamat anda, anda memberi satu sasaran yang jitu. Apa akan
terjadi sekiranya anda tidak berjaya mencapai matlamat sebelum
tarikh deadline? Senang sahaja... berikan satu tarikh deadline yang
baru! Ia hanya akan mengajar anda untuk lebih berusaha dan lebih
realistik dalam mencapai matlamat.


=============================================

Pesanan penaja:

Pelajari kaedah komunikasi efektif yang terbukti akan membawa anda
kepada kejayaan perniagaan dan kerjaya. Anda pasti terhibur dengan
kaedah komunikasi efektif yang akan ditunjukkan oleh Nizal Mohammad
(personaliti TV3)

Tajuk : Program NizalTalk!
Tarikh : Ahad 24hb Disember 2006
Waktu : 9.00 am - 6.00 pm
Tempat : De Palma Hotel, Ampang (Berhampiran dengan Ampang Point)
Speaker : Nizal Mohammad (TV3)

Maklumat lanjut dan pendaftaran di http://www.nizaltalk.com kini
hanya 3 tempat kosong sahaja!

=============================================


7: KETAHUI RINTANGAN

Dalam mencapai apa jua yang berbaloi, sudah pasti akan terdapat
rintangan di hadapan anda. Lagi besar matlamat anda, lagi besar
rintangan yang anda perlu lalui. Ketahui rintangan-rintangan
tersebut dan pelajari cara untuk menempuhinya terlebih dahulu.

Anggap usaha anda dalam mencapai matlamat adalah satu perjalanan
mencari ilmu. Setiap rintangan yang anda temui walaupun sekecil
manapun akan memperbaiki diri anda untuk rintangan-rintangan yang
lebih besar di masa hadapan. Ini menjelaskan bahawa, mereka yang
berjaya didunia adalah tergolong daripada mereka yang berpengalaman
menghadapi rintangan-rintangan tersebut.

Kejayaan yang cemerlang akan hadir apabila anda berjaya menguasai
segala rintangan. Oleh itu, lakukan perancangan terlebih dahulu.
Senaraikan apakah rintangan-rintangan yang akan muncul.

8: ILMU TAMBAHAN

Ketahui Ilmu tambahan yang perlu anda lengkapkan pada diri anda
untuk mencapai cita-cita tersebut. Manusia diberi anugerah akal
fikiran yang merupakan anugerah yang paling istemewa sekali.

Bina satu senarai- apakah ilmu tambahan yang anda perlu ketahui
untuk mencapai matlamat anda? Apakah kebolehan tambahan yang anda
perlukan? Apakah pengalaman yang anda perlukan? Bolehkah anda
mendapat bantuan orang lain sekiranya anda tidak mempunyai sesuatu
kebolehan itu? Apakah maklumat yang paling penting atau kebolehan
yang paling penting untuk andapunyai dalam mencapai matlamat anda?

Tanggungjawab anda adalah untuk mempelajari apa jua yang anda perlu
tahu dalam mencapai matlamat anda.

9: PERANCANGAN

Kata pakar motivasi "Gagal untuk merancang adalah merancang untuk
gagal"

Jangan biarkan nasib menentukan arah tuju anda. Buat perancangan
yang rapi- seperti kontraktor memerlukan plan untuk membina
bangunan yang gagah berdiri. Anda juga perlu plan untuk mencapai
menara gading.

Rancang langkah-langkah anda dengan terperinci- dalam masa 1 bulan,
apa yang anda perlu buat? Sekiranya ia tidak menjadi, apakah
alternatif yang lain?

Hukum alam mengatakan, apa yang anda beri dan taburkan, ianya akan
menjadi hasil. Sekiranya anda merancang untuk taburkan sedikit
usaha, maka, sedikitlah pulangan anda. Sekiranya anda merancang
untuk menaburkan bergunung-gunung usaha, maka, hebatlah pulangan
yang anda akan terima.

Anda tidak boleh melanggar hukum ini. Mereka yang melanggar hukum
ini adalah mereka yang sering ditpu dengan skim-skim piramid, skim
cepat kaya, SCAM dan pelaburan yang hanya akan meleburkan wang
sendiri.


=============================================

Pesanan penaja:

Kursus Perniagaan Internet yang lain...

Terdapat juga kursus perniagaan Internet berkos rendah sekiranya
ianya menepati bajet anda bertajuk "Kursus Perniagaan Internet
3-dalam-1" kelolaan pakar pelatih, Osman Affan. Untuk maklumat
lanjut, sila ke http://www.3dalam1.com

Tajuk: Kursus Perniagaan Internet 3-dalam-1
Tarikh: 6hb & 7hb Januari 2007
Tempat: UIA Gombak, KL
Waktu: 9.00 am - 6.00 pm (makanan disediakan)
Pelatih: Osman Affan

Lawati ke http://www.3dalam1.com hari ini.

Nota: Kursus 3-dalam-1 adalah berbeza dengan Workshop Jutawan
Internet.

=============================================


10: BINA GAMBARAN

"A picture paints a thousand words". Beri gambaran yang jelas di
fikiran anda bahawa matlamat anda telah tercapai. Gambarkan diri
anda 1 tahun dari sekarang. Atau, 10 tahun dari sekarang.

Dengan berimiginasi gambaran anda berjaya di masa hadapan, ia juga
akan membakar semangat anda untuk mencapai gambaran tersebut.
Fikiran manusia dipenuhi dengan gambaran-gambaran dan bukannya
perkataan. Penuhi fikiran anda dengan gambaran kejayaan anda di
masa hadapan.

Berhati-hati, terlalu banyak mimpi di siang hari tanpa usaha dan
perancangan, anda tidak jauh berbeza dengan angan-angan Mat Jenin!

11: JANJI PADA DIRI SENDIRI...

Janji pada diri anda sendiri, tidak kira apa rintangan yang akan
datang. Tidak kira apa jua kegagalan yang anda hadapi, jangan-
JANGAN- JANGAN sekali-kali putus asa! Sekrianya anda terjumpa
dengan sahabat karib kejayaan, iaitu kegagalan- usah risau.
Kejayaan adalah perintis untuk mencapai apa jua kejayaan- oleh
sebab itulah saya gelarkannya sahabat karib.

Amat jarang sekali sesuatu kejayaan di capai tanpa kegagalan. Lagi
banyak kegagalan anda temui, ianya bermaksud lagi hampir kejayaan
kepada anda. Jangan putus asa oleh kerana kejayaan mungkin sedang
menunggu disebalik kegagalan itu.

Berita baiknya adalah, menempuhi kegagalan adalah menambahkan
pengalaman sendiri. Lebih banyak kegagalan yang anda jumpai, maka,
lebih banyak anda dapat pelajari. Anda akan mempelajari lebih
banyak dari sesuatu kegagalan. Sekiranya anda menjumpai kegagalan,
ubah cara anda- jangan pula ikut cara yang sama oleh kerana cara
yang sama akan membawa kegagalan seterusnya!

Last but not the least, banyak-banyak berdoa agar usaha dan
matlamat anda tercapai dan diberkati. Usaha tanpa doa, segala yang
dilakukan tidak diberkati. Doa tanpa usaha pula, segalanya tidak
akan menjadi.

Kesemua formula kejayaan ini perlu di implementasikan setiap satu.
Ini adalah "blue print" orang-orang yang berjaya di dunia. Ia
menjadi formula kejayaan saya sendiri sehingga hari ini. Tiap-tiap
kali saya mempunyai matlamat baru, saya akan rujuk kembali formula
ini untuk memastikan matlamat saya tercapai.

Tidak sampai setahun lalu saya menetapkan matlamat saya, dan kini,
dengan mengikuti formula yang diberikan, alhamdulillah saya
mencapainya.

Nickruz, kini, anda juga mempunyai formula kejayaan.
Implimentasikannya kepada matlamat anda, dan saya yakin anda juga
akan mencapai kejayaan dalam apa jua bidang!

Selamat menyambut tahun baru 2007!


No comments: